Tips Percintaan


Paling banyak rungutan dari kaum wanita terhadap kaum lelaki adalah 'kaum lelaki amat sukar untuk mendengar'. Samada kaum lelaki ini jenis tidak mendengar langsung ataupun hanya mendengar beberapa patah perkataan dan dengan hebatnya tiba-tiba bertukar menjadi Mr. Penyelesaian Masalah untuk memberi beberapa penyelesaian masalah supaya kaum wanita ini menjadi lebih rileks dan lebih baik. Tetapi kaum wanita ini tetap menegaskan bahawa kaum lelaki adalah sejenis kaum yang sukar untuk mendengar. Lantas kaum lelaki menjadi konfius bila kaum wanita tidak menghargai penyelesaian yang kaum lelaki ingin berikan. - She wants empathy, but he thinks she wants solution.

Paling banyak rungutan dari kaum lelaki terhadap kaum wanita adalah 'kaum wanita selalu ingin mencuba mengubahkan/menukarkan kaum lelaki'. Bila kaum wanita ini menyanyangi seseorang, kaum wanita ini akan merasa dia sangat bertanggungjawab untuk membimbing kaum lelaki untuk meng'improve'kan lagi apa sahaja yang kaum lelaki ingin lakukan. Disini kaum wanita akan bertukar menjadi Mrs. Pembangunan Masyarakat dan menjadikan kaum lelaki sebagai fokus utama. Tidak kira sekuat mana kaum lelaki menolak pertolongan kaum wanita, kaum wanita akan menunggu peluang untuk menolong dan menasihati kaum lelaki apa yang perlu dilakukan. - She think's she nuturing him, while he feels he's being controlled. Instead, he wants her acceptance. 
Kisah Kehidupan Kaum Lelaki

Dalam kehidupan kaum lelaki, mereka amat titik beratkan nilai kekuasaan, kecekapan dan pencapaian. Mereka sering membuat sesuatu untuk menunjukkan siapakah diri mereka. Mereka akan merasa kepuasan melalui kejayaan yang dikecapi. Kaum lelaki lebih gemar ke arah 'objects' dan 'things' berbanding 'people' dan 'feelings'. 

Memahami karakteristik kaum lelaki dapat membantu kaum wanita memahami kenapa kaum lelaki menolak  sekuat-kuatnya untuk dirinya diperbetulkan atau disuruh apa yang harus dilakukan. Memberi pertolongan yang tidak diminta oleh kaum wanita terhadap kaum lelaki mengibaratkan yang kaum lelaki tidak tahu menyelesaikan masalah dengan sendirinya. Kaum lelaki sangat sensetif tentang perihal ini, disebabkan isu kecekapan adalah amat penting bagi mereka. - Why involve someone else when I can do it by myself.

Kisah Kehidupan Kaum Wanita

Dalam kehidupan kaum wanita, mereka amat mentitik beratkan nilai kasih sayang, komunikasi, kecantikan dan perhubungan. Mereka banyak menghabiskan masa memberi semangat, memberi pertolongan, dan menjaga satu sama lain. Mereka merasa satu kepuasan apabila mereka duduk berbual berkongsi cerita.

Komunikasi merupakan sesuatu yang amat penting bagi kaum wanita berbanding mencapai sesuatu kejayaan. Mereka amat 'relationship oriented' berbanding 'goal oriented' yang diamalkan oleh kaum lelaki. Kaum wanita juga amat mengikut gerak kata hati. - Offering advice is an act of love.
....................................................................................

Give-up dari memberi nasihat. Secara amnya, apabila kaum wanita meng'offer' nasihat yang tidak diminta oleh kaum lelaki, kaum wanita tidak sedar yang nasihat yang diberikan itu amat kritikal dan memberi ketidakselesaan kepada kaum lelaki. Walaupun kaum wanita berniat untuk memberi kasih sayang, tetapi pendapat kaum wanita itu amat menyakitkan untuk diterima oleh kaum lelaki. Bagi kaum lelaki pula, sangat penting bagi mereka untuk melaksanakan sesuatu 'goal'. Kaum lelaki sebenarnya amat sensitif tentang perkara-perkara yang kecil berbanding perkara-perkara yang besar. "Jika aku tak diberi kepercayaan untuk melakukan perkara-perkara yang kecil, bagaimana kaum wanita nak mempercayai aku melakukan perkara-perkara yang besar?". - Anda pernah terfikir tak kenapa ramai lelaki rimas dengan perempuan yang banyak bercakap? Antara salah satu sebab kenapa lelaki curang.

Belajar untuk mendengar. Kaum lelaki perlu memahami apabila kaum wanita bercakap tentang masalah, mereka hanya untuk get close dengan kaum lelaki bukanya untuk mendapatkan penyelesaian masalah. Tetapi kaum lelaki tetap dengan angkuhnya memberi penyelesaian masalah sehingga kaum wanita menjadi lebih upset. - Anda pernah terfikir tak kenapa perempuan boleh jatuh hati dengan lelaki yang sanggup dengar masalah yang dialaminya? Antara salah satu sebab kenapa perempuan curang. 

Ringkasan tentang 2 kesilapan utama yang sering dilakukan di dalam perhubungan:

1. Kaum lelaki cuba untuk mengubah perasaan kaum wanita dengan menjadi Mr. Penyelesaian Masalah apabila kaum wanita dalam keadaan yang sedih.
2. Kaum wanita cuba untuk mengubah tingkah-laku kaum lelaki dengan menjadi Mrs. Pembangunan Masyarakatdengan memberi nasihat yang tidak diperlukan oleh kaum lelaki. 

to be continued....

p/s: Trima kasih John Gray.

Jika berminat bolehlah share di facebook masing-masing. =)

0 comments:

Catat Ulasan