9 Tips Jika Cinta Bertepuk Sebelah Tangan



SAKIT hati, kecewa atau bahkan merasa malu bila kita menyedari bahawa cinta yang kita bangun ternyata hanya bertepuk sebelah tangan. Ironis sekali kedengarannya. Namun tidak dapat dinafikan bahawa hal tersebut boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Bahkan kadang-kadang kamu yang mengalaminya akan merasa bahawa kamu yang berlaku salah. Kerana terlalu membesarkan perhatian yang anda terima dari seseorang.
Namun kehidupan akan terus berjalan. Tidak perlu menyesali secara berlebihan apa yang menimpa kamu. Yakinkan bahawa mungkin orang yang kamu sukai bukan orang terbaik yang patut mendapatkan cinta kamu. Berikut ini ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menolong diri anda sendiri dan mengeluarkan diri anda dari rasa sedih yang kadang-kadang berpanjangan.

1. Sadari Posisi Anda 
Sedarilah, betapa besar rasa suka kamu pada dirinya, dia tidak akan membalas perasaan kamu. Kamu tidak boleh membuat seseorang jatuh cinta pada kamu walaupun segigih apapun usaha anda. Lebih baik kamu berusaha mencari kesibukan untuk menghilangkan perasaan kamu yang besar padanya.

2. Yakinkan Bahawa Kita Akan Mendapatkan Yang Terbaik. 
Kamu pantas mendapatkan seseorang yang menghargai dan mengambil berat dengan kamu. Untuk itu tanamkan keyakinan pada diri kamu bahawa suatu saat kamu akan memperoleh yang terbaik, seperti yang diharapkan. Dengan keyakinan seperti itu kamu boleh menanamkan rasa percaya diri untuk melangkah ke masa depan yang lebih baik.

3. Jangan Menyalahkan Diri Sendiri 
Kebanyakan dari kamu mungkin akan menyalahkan diri sendiri dengan mempersoalkan kenapa hal ini boleh menimpa kamu. Seandainya lebih berhati-hati dan tidak mengembangkan perasaan lebih jauh atas semua perhatian dan kasih sayangnya, mungkin hal ini tidak akan pernah terjadi. Hal seperti itu akan kerap menghantui fikiran anda. Tapi untuk saat ini jauhkan rasa bersalah dari hati anda. Jangan buat pengandai-andaian. Dan jangan pernah membayangkan hal-hal yang tidak berguna.

4. Jangan Membangunkan Perasaan Kamu 
Mungkin kamu sempat berfikir bahawa penolakan tersebut hanyalah masalah waktu. Dan kamu berusaha memperbaiki diri habis-habisan untuk mendapatkan perhatiannya kembali. Jangan pernah cuba-cuba mendapatkannya kembali, kamu tidak akan pernah berjaya. Sepertinya hal tersebut telah terlambat. Jika ingin berubah lakukan untuk diri sendiri. Dan sekarang sudah waktunya memikirkan diri anda sendiri.
5. Carilah Orang Lain Yang Mengerti Kamu
Saat seperti ini adalah saat yang tepat untuk mencari teman sebanyak-banyaknya. Atau mencari keluarga atau teman yang dapat memahami perasaan anda. Kongsi dengan mereka, siapa tahu daripada mereka, kamu mendapatkan pelajaran yang patut diikuti.

6. Tekuni Hobi 
Lakukan hobi ataupun segala sesuatu yang membuat kamu gembira. Lepaskan fikiran dan perasaan dari segala sesuatu yang sudah lewat. Caranya dengan menyibukkan diri.

7. Buka Lembaran Baru 
Tutup kesedihan anda. Buka lembaran baru dalam kehidupan. Bila merasa marah, kecewa atau hal yang lain, mungkin hal tersebut perasaan yang wajar dan normal-normal saja. Tapi tentukan bila-bila kamu harus melepaskan "masa berkabung" dengan menentukan cita-cita dan harapan baru.

8. Jangan Terburu-buru Cari Pengganti 
Jangan terburu-buru mencari orang lain sebagai pengganti. Tidak adil untuk orang tersebut. Berikan masa untuk diri kamu supaya pulih terlebih dahulu dan boleh menerima kehadiran seseorang dengan sepenuh hati bukan kerana ingin lari dari kenyataan.

9. Jangan Terlalu Obsesif 
Jika anda merasa tidak dapat mencegah diri untuk mengejar-ngejarnya, carilah bantuan secara profesional.
Masa depan kamu terbentang luas. Bangkit dari kesedihan dan Badai pasti berlalu. Dan cita-cita kamu akan mudah dicapai dengan fikiran dan hati yang jernih. Bila belum boleh bangkit dari rasa tersebut, anda akan ketinggalan satu langkah di belakang dari orang lain.

1 comments:

Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny

Catat Ulasan