4 Tanda Kekasih Anda Hendak Tinggalkan Anda


Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :

Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…
4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.
Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4tanda di bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.
  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya.  Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah  ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang.  Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.

8 Fakta Unik Tentang Cinta

Sejauh mana anda tahu tentang cinta?

Kehidupan kita di dunia ini penuh dengan informasi. Kita dihujani pelbagai maklumat baik yang berguna dan juga yang negatif. Berita-berita negatif seperti peperangan, pembunuhan, jenayah dan seumpamanya memberi energi negatif terhadap pemikiran kita.
Kita memerlukan cinta untuk mengimbangi energi negatif yang berada di persekitaran kita. Jadi saya bawakan fakta cinta yang boleh menceriakan hari anda dan boleh digunakan  inspirasi kepada hubungan anda.
1 Kajian otak manusia menunjukkan bahawa jika sesorang melihat dan merenung gambar orang yang disayanginya dalam tempoh yang lama, ia akan meransang bahagian ‘caudate’ otak – bahagian yang menghasilkan rasa kemahuan yang kuat (craving).
2 Lelaki yang mencium isterinya di pagi hari dikatakan akan hidup 5 tahun lebih lama daripada lelaki yang tidak melakukannya. ( Ape lagi, ciumlah isteri anda atau sekadar pelukan manja pun ok)
3 2 per 3 orang mengatakan bahawa mereka jatuh cinta kepada seseorang yang mereka kenal lama berbanding dengan seseorang yang mereka baru kenal.(Selebihnya cinta pandang pertama kot)
4 43% wanita tidak suka lelaki menulis ‘love’ atau ‘cinta’ di atas kad,email dan sms melainkan kata-kata tersebut disertakan dengan komitmen. ( Nampaknya kaum hawa memandang serius terhadap kata-kata cinta)
5 Seseorang yang baru jatuh cinta dan dilamun cinta akan mengeluarkan hormon serotonin yang sedikit, jumlahnya seperti tahap kandungan hormon orang yang dilanda penyakit obsesi terlampau. Sebab tu orang yang dilamun cinta memang kelihatan seperti orang gila :)
6 Mengikut kajian Dr. Helen Fisher dari  Rutgers University, penulis buku ‘Why We Love, apabila seseorang baru berpisah (break up), dia akan berasa semakin sayang terhadap bekas pasangannya. Bahagian otak yang membuat kita rasa gembira terus aktif pada ketika ini. (Sebab tu lah kebanyakan pasangan yang baru berpisah tak boleh tahan perasaan sayang dan rindu sewaktu mereka masih bersama dulu)
7 Mengikut teori matematik, seseorang seharusnya bercinta/couple dengan sedozen orang sebelum menemui pasangan yang boleh dijadikan pasangan hidup sejati. (Teori matematik je pon, sukati andalah nak ikut ke tak)
8 Ini akan mengejutkan anda : Cinta yang bahagia akan membuatkan kedua-dua lelaki dan wanita menjadi gembira. Semakin kuat komitmenmereka terhadap hubungan, semakin bertambah gembira mereka.
Saya harap anda berasa fakta dia atas berguna untuk menyemarakkan lagi kasih sayang anda terhadap pasangan anda.

Adakah Anda Di Dalam Hubungan Yang Tidak Masuk Akal?


Mengapa kita melakukan perkara yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita?

Ceritanya begini…
Boy jumpa Girl ni. Boy suka sangat kat Girl ni. Boy tidak tahu bagaimana untuk melayan Girl, akhirnya Boy dan Girl tidak dapat bersama. Ini cerita tipikal.
Perpisahan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab. Salah satunya berbunyi begini :
Dalam fikiran Boy :  “Aku tidak boleh nampak lemah di depan dia. Kalu aku lemah, dia mesti tak suka kat aku. Aku tak sepatutnya berkata “i love u” kat dia sebab itu tanda aku lemah. Sesiapapun tak akan suka kat aku yang lemah ni.”
Dalam fikiran Girl : “Dia ni suka kat aku ke tak. Apa yang aku nak hanya sedikit kepastian dan tanda dia suka kat aku. Ni langsung tak kata hi pun kat aku. Aku ni buang masa ke tunggu die approach aku ni?”

Adakah perbuatan begini masuk akal bagi anda?

Kalau dah suka, Boy patut ungkapkan kata-kata suka kepada Girl. Bukan sebaliknya berlakon ‘cool’ di depan Girl tetapi tidak bertindak langsung. Paling kurang pun bagilah hint sedikit kepada Girl. Berlakon ‘cool’ dan tidak menghiraukan Girl memang perbuatan yang tidak masuk akal.

Situasi Sebenar

Jangan risau. Kebanyakan dari kita pasti akan melakukan perbuatan yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita. Sebelum atau selepas berkahwin, kita tetap tidak terlepas dari melakukannya. Contoh tipikal yang perkara tidak masuk akal yang sering kita lakukan di dalam hubungan kita adalah :
  • Anda sayang pasangan anda, tetapi tidak menunjukkan secara jelas dengannya.
  • Anda rindu sangat kat si dia, tetapi tidak pernah menelefon/sms si dia.
  • Anda lakukan apa sahaja untuk mendapat cintanya, tetapi bila dah dapat, anda ambil ringan si dia.
  • Anda katakan kepada si dia, tiada yang lain lebih penting dari dirinya, tetapi anda tetap mengambil berat perkara lain selain dirinya.
Lakukan perkara yang masuk akal di dalam hubungan anda hari ini. Anda perlu ubah sedikit sahaja. Kalau benar anda sayang si dia, katakan kepadanya. Jangan sembunyi-sembunyi dengan harapan si dia akan faham sendiri. Beri diri anda dan si dia kepastian bersama.
Kalau anda hendak si dia menghormati anda, hormati si dia dahulu. Ini hukum alam. Budak sekolah rendah pun ada diajar perkara ini.

Apa perkara lain yang tidak masuk akal yang anda lakukan di dalam hubungan anda?

Pernah Terfikir Untuk Tinggalkan Dia? Baca Ini


Ada Apa Dengan Cinta Sejati?

Satu perkara yang paling menyakitkan yang boleh dialami oleh sesorang yang terlibat di dalam sebuah hubungan adalah untuk membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan mereka. Jika anda mengalami situasi ini, saya faham bahawa saat pertama anda berkata kepada diri :
Aku dah tak boleh sayangkan dia lagi.
… adalah saat yang paling menyakitkan dan menyedihkan bagi anda. Ini kerana anda telah memberi segala-galanya kepada si dia. Anda berikan komtimen anda. Anda berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada dia. Anda memberi si dia kepuasan zahir dan batin.  Total giving.
Anda berfikir, alangkah baiknya kalau anda boleh baring, lelapkan mata dan tidur agar hari esok bakal berubah. Anda harapkan satu keajaiban untuk si dia berubah. Harapan paling besar anda adalah semua ini tidak pernah berlaku langsung dan anda juga harapkan masa boleh berundur setahun dua ke belakang. Sudah terlambat.
Setelah berfikir panjang, sekarang anda sedar bahawa anda telah lama menangguhuntuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dia.
Saya percaya dan sentiasa berharap anda boleh lakukan perkara yang boleh menyelamatkan cinta anda selagi ia berada di dalam kawalan anda. Anda mungkin boleh mencari bantuan profesional seperti kaunselor, meminta nasihat orang tua, atau membaca Panduan Seni Selamatkan Cinta. Tetapi anda mungkin sudah mencapai tahap di mana anda berfikir bahawa inilah masanya untuk ‘move on’ dan ketika ini anda hanya ada dua pilihan : 
Terus bersama atau tinggalkan dia.

Ini adalah masa untuk mengakhiri hubungan anda bila :

  1. Anda sedar anda tidak selesa/sepakat/sehaluan dengan dia. Anda harusmenyukai dia sebagai mana anda mencintai dia. Memang cinta adalah segalanya, tapi cinta sahaja tidak cukup sebagai alasan untuk anda terus bersamanya. Anda mesti berasa selesa dan berasa anda sebahagian daripada dirinya. Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu anda jika anda menghadapi masalah dengannya. Anda tentunya akan berasa lebih bahagia bersama orang yang anda cinta dan selesa untuk hidup bersamanya. 
  2. Anda rasakan tiada ‘chemistry’ seksual antara dia dan anda. Jika anda dan pasangan anda sedar bahawa tiada tarikan seksual yang boleh mengikat anda berdua, maka kedua-dua anda dan pasangan anda harus membebaskan diri masing-masing untuk mencari pasangan yang boleh memberi anda keperluan ini. Sebelum itu, anda harus cuba sedaya upaya dahulu untuk membetulkan keadaan untuk mengelak keputusan yang terburu-buru dan memberi kesan penyesalan yang mendalam di kemudian hari.
  3. Anda dan dia mempunyai destinasi berbeza. Saya percaya bahawa setiap situasi ada pengajarannya. Begitu juga anda dan pasangan anda di dalam hubungan sekarang ini. Anda sudah dapat pengajarannya. Sudah tiba untuk anda meneruskan perjalanan anda. Apabila sebelah pihak di dalam sebuah hubungan sudah berubah dan mempunyai haluan berbeza dari segi kehidupan dan matlamatnya, maka hubungan itu sudah tidak boleh memberi anda keperluan emosi yang anda perlukan.Move on.
  4. Si dia mempunyai masalah yang dia sendiri tidak mahu selesaikan. Masalah di sini melibatkan ‘masalah besar’ yang dihadapi oleh pasangan anda seperti masalah ketagihan dadah, alkohol, atau pornografi. Jika pasangan anda MEMILIH untuk tidak melakukan apa-apa terhadap masalah ini atau lebih teruk tidak mengaku bersalah maka anda tiada alasan kukuh untuk tidak mengakhiri hubungan ini segera.
  5. Si dia menolak untuk bekerjsama membaik pulih hubunggan anda. Situasi ini adalah yang paling menyedihkan dan teruk sekali. Jika si dia memang tidak secara aktif ataupun memang tiada niat langsung di dalm usahanya untuk memulihkan kembali hubungan anda biarpun dia ada conflict dalaman, maka anda harus sedar bahawa tiada kesepakatan di dalam hubungan ini. Carilah yang baru. ( topik kontroversi untuk dibincangkan)
Satu yang saya nak anda ketahui di sini adalah jika anda dan pasangan anda sudah tidak sehaluan tetapi anda masih ada perasaan sayang terhadap dia, ketahuilah setelah anda bersama yang baru kelak, anda pasti akan merasa lebih bahagia dan nikmat lebih dari apa yang anda ada bersamanya sekarang. Inilah hukum alam yang anda patut sedari. Psikologi manusia sentiasa menginginkan yang terbaik dan lebih barik dari yang lepas. 
Tapi aku masih cinta dia. 
Tulisan saya kali ni khas untuk membantu anda membuat keputusan lebih-lebih lagi kepada anda yang tengah mengalami situasi seperti di atas. Walaubagaimanapun, saya tetap membuka ruang kepada perbincangan mengenai isu ini agar kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya.
Jika anda masih berasa tersekat kerana perasaan cinta anda yang menghalang anda membuat keputusan rasional, maka luahkan di ruangan komen agar sahabat yang lain boleh memberi pandangan masing-masing. Cinta memang boleh membunuh. Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan. Namun, kita berhak untuk menerima kebahagian dari orang yang betul-betul menyayangi diri kita seadanya.
Berikan pendapat anda di bawah

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?


Ujian Cinta
Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.
Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.
Peringatan : Sebenarnya terdapat banyak lagi cara yang lebih mendalam, tapi yang di bawah ini boleh jugak diguna sebagai ujian ringan :)

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukan sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5.  Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH


Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.
Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.
Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.
Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.
Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.
Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.
Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.
Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.
Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.
Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.
Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

Comic Creator - Create Your Own Comic Strips

Adakah anda berminat untuk mencipta komik sendiri? Sebuah laman web yang beralamat di www.readwritethink.org ada menyediakan kemudahan ini. Anda cuma perlu tentukan judul komik, nama penulis dan kemudian meletakkan dialog dan watak-watak komik yang telah sedia ada.

Bagi anda yang memiliki idea tetapi tidak pandai melukis kartun, anda bolehlah menggunakan kemudahan ini. Terdapat pelbagai pilihan watak, belon dialog, objek dan lokasi yang boleh membantu anda mencipta komik tanpa perlu melukis apa-apa. Perisian online ini dibawa khas oleh International Reading Association, NCTE dan Marcopolo. Sekira berminat, layarilah laman web ini:

Kata-kata Hikmah - Kemaafan



Forgiveness does not change the past, but it does enlarge the future.
Paul Boose

When you hold resentment toward another, you are bound to that person or condition by an emotional link that is stronger than steel. Forgiveness is the only way to dissolve that link and get free.
Catherine Ponder

The remarkable thing is that we really love our neighbour as ourselves: we do unto others as we do unto ourselves. We hate others when we hate ourselves. We are tolerant toward others when we tolerate ourselves. We forgive others when we forgive ourselves. We are prone to sacrifice others when we are ready to sacrifice ourselves.
Eric Hoffer

Always forgive your enemies – nothing annoys them so much.
Oscar Wilde

Mutiara Kata - Kemaafan

We read that we ought to forgive our enemies; but we do not read that we ought to forgive our friends.
Sir. Francis Bacon

The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.
Mahatma Gandhi

Most of us can forgive and forget; we just don’t want the other person to forget that we forgave.
Ivern Ball

To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness.
Robert Muller

True forgiveness is not an action after the fact, it is an attitude with which you enter each moment.
David Ridge

Let us forgive each other – only then will we live in peace.
Leo Nikolaevich Tolstoy

Freeware Download - Free Software 100% Legal - Muat Turun Pelbagai Perisian Percuma



Kadangkala, naluri manusia mahu mencuba sesuatu yang percuma, sangat kuat. Namun, adakah setiap perkara di dunia ini boleh diperolehi dengan percuma? Sebuah laman web yang menarik memuatkan pelbagai perisian percuma popular lagi berguna untuk dimuat turun, boleh ditemui di sini. Pelbagai kategori perisian percuma, daripada penyunting audio, pemproses perkataan, permainan komputer, PC TV, pemain media dan sebagainya boleh didapati menerusi laman web ini. Berminat dengan perisian percuma? Klik di sini.

Selamat Muat Turun Perisian Percuma!

Pesanan untuk orang sombong





SEMEMANGNYA sukar untuk memahami sifat manusia yang sentiasa berlumba-lumba meletakkan diri menjadi yang terhebat, menuntut orang lain supaya menghormatinya tanpa empunya diri itu menghormati orang lain terlebih dahulu. Merendah-rendahkan orang lain yang mempunyai pertalian persaudaraan agama, menyakiti hati manusia lain dan menyombong membangga diri bagai sudah menjadi makanan hatinya setiap hari.

Baginya, dialah yang terhebat, dialah yang paling layak dipuji dan dialah yang terbaik dalam seramai-ramai manusia. Untuk meletakkan dirinya sebagai yang terhebat, semua perbuatan orang lain ditempelak cepat-cepat, diperlekeh sebulat-bulat, katanya setiap yang keluar dari perbuatan dan percakapan orang lain itu dusta semata-mata, walhal dia tidak pernah berusaha berfikir dengan tingkat yang sewajarnya terhadap setiap yang dikatakannya sebagai dusta itu. Dia berterusan sedaya upaya mahu meletakkan dirinya sebagai yang terhebat dalam seramai-ramai bangsa manusia meskipun banyak orang yang terpaksa ditempelak dan dikutuknya.

Keadaan itu boleh digambarkan sebegini walaupun contoh rekaan ini tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau telah meninggal dunia:

Seorang lelaki tiba-tiba masuk ke rumah anda dengan bengis, memaki hamun anda sekeluarga, mengeluarkan kata-kata kurang manis dan pelbagai tuduhan kerana cara anda tidak sebulu dengannya, menuduh keluarga anda sebagai kurang ajar, lelaki itu bertempik lagi mengatakan anda sekeluarga bodoh dan banyak perkataan kurang enak yang dikeluarkannya kepada anda sekeluarga. Kemudian lelaki itu berkata:

“Akulah yang paling bagus kerana aku tidak bodoh dan aku tidak kurang ajar seperti kamu semua. Kamu semua mesti hormat kepada aku!!!”

Mungkin begitu niat dan maksud kata-katanya.

Anda mahu hormat kepada orang seperti itu? Terpulang kepada anda.

Dalam contoh kes itu, adakah lelaki yang masuk ke rumah anda dengan wajah bengis dan memaki hamun itu benar-benar bijak dan bersopan santun seperti dikatakannya? Lelaki itu seperti mahu memaksa anda sekeluarga dan semua orang mengangkat dirinya sebagai yang terbaik, walhal dia sendiri melanggar setiap maksud asal perkataan yang diucapkan untuk memuji dirinya sendiri. Cukup bijakkah tindakan lelaki itu?

Keluarga malang yang tidak pernah sekalipun mengumpat keji lelaki itu berterusan diherdik sepanjang masa. Lelaki itu kemudian mencanang segala sudut cerita yang boleh dianggap sebagai keburukan keluarga itu di tempat awam. Pada masa yang sama, lelaki itu istiharkan hanya dirinya yang terbaik dan wajar dijadikan ikutan semua orang. Tanpa disedari, lelaki itu mempamerkan segala keburukannya sendiri kepada tontonan umum.

Apakah sifat yang mendorong seseorang melakukan perbuatan seperti itu? Kita semua boleh memikirkan jawapannya. Seperti biasa, blog ini tidak pernah menyediakan jawapan kepada anda semua. Kami juga tidak pernah menonton The Arrivals dan sekuel-sekuelnya seperti anda semua kerana kami terlalu sibuk mengejar waktu menyiapkan kerja harian. Kami juga tiada masa untuk menghadap komputer berjam-jam, apatah lagi menghadap televisyen dan berhibur membuang masa sia-sia. Teringin juga untuk menonton siri yang dikatakan sangat menarik itu. Atau mungkin kami boleh berusaha untuk menemui pembikin siri itu untuk berkongsi pengetahuannya, kemudahan akses untuk menemui sesiapa juga yang kami mahu, itu mungkin sekali kelebihan buat kami yang melakukan pekerjaan seperti ini. Jika pertemuan menjadi nyata, mahu juga merendah diri dan berkongsi dengan anda semua.

Berbalik kita kepada lelaki sombong itu tadi. Mungkin, orang seperti itu memang dilahirkan dengan kelebihan sifat sombong dan bongkak. Peratus sifat sombong dan bongkaknya itu jauh lebih banyak berbanding orang lain, sifat sombongnya itu bagaikan ‘bonus’ buat dirinya. Mungkin juga sejarah silam membuatkan dia mencintai kesombongan dan keangkuhan kerana pada fikirannya, hanya dengan mempamerkan keangkukah sahaja yang dapat menundukkan orang lain supaya memuji-muji dan mengikut setiap telunjuknya. Dia  sedaya upaya mahu mencapai tahap super-ego.

Meskipun sombong dan angkuh, dia masih gemar bercerita mengenai keperibadian Rasulullah yang membuatkan setiap hati menjadi sejuk dan nyaman kalau diberi peluang berada di sisi Rasulullah. Walaupun dia selalu memuji-muji keperibadian Rasulullah, tetapi dia sendiri membuat perkara yang tidak disukai baginda Rasulullah iaitu bergelumang sifat sombong dan angkuh, mengeji orang lain dan membangga diri.

Suka kah orang lain terhadap sifat sombong yang dimiliki itu? Jika semua orang membuang anda disebabkan berasa jelek dengan kesombongan anda itu, adakah semua orang itu dianggap musuh oleh anda? Kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa menegur demi kebaikan kawannya itu meskipun kawan itu tadi mungkin memusuhinya disebabkan teguran-teguran itu. Kami rela menjadi kawan yang dimusuhi.

Cuba kita keluar dan menghirup persekitaran dunia di luar sana. Walaupun yang dihirup itu boleh membuatkan kita tersedak atau terbatuk, cuba keluar juga dan hirup. Fikir kembali, kita atau sebilangan orang hanya hebat berkata-kata di internet, dalam rumah depan keluarga sendiri dan berasa diri cukup hebat dengan bangga. Walhal, tidak berani untuk keluar membuat perubahan dengan tangan sendiri di luar sana.

Jika ‘anda’ adalah orang sombong itu, sila langsaikan semua hutang-hutang anda, sila minta maaf daripada semua orang terutama ibu dan bapa, sila isi pakaian dalam beg, bawa bersama barang-barang peribadi yang dianggap perlu, bawa duit secukupnya kerana semua perbelanjaan dan risiko ditanggung sendiri, pastikan ada pasport antarabangsa dan mampu terus hidup jika terkandas seorang diri tanpa ada bantuan daripada seorang manusia pun.

Wahai orang sombong, jom ikut kami bergerak ke serata dunia kalau benar-benar hebat dan berani menongkah arus hitamnya. Mari. Action speaks louder than words and letters. Huruf braille juga sudah cukup untuk menyampaikan maksud jika semua orang celik tahu membacanya.

Semoga perjalanan yang diselang seli dengan penderitaan itu nanti boleh membuatkan ‘orang sombong’ lebih menghargai sifat hormat-menghormati dan merendah diri. Siapalah kita kalau bukan dipelihara oleh kasih sayang dari ALLAH.


Makhluk tidak pernah diberi keizinan untuk bersikap sombong.

Apakah Anda Benar-Benar Umpama Lilin



Lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Ungkapan yang mengatakan bahawa tugas sebagai pendidik sangat mencerminkan keperibadian sebatang lilin: terbakar untuk menerangi orang lain, saya rasa tidak lagi 100% tepat.

Ada beberapa kejadian bilamana seorang guru yang diamanahkan untuk menuntun, mendidik, dan membentuk keperibadian seseorang tergamak memusnah, membinasa, malah menggelapkan kehidupan seseorang pelajar.

Namun saya yakin dan masih percaya ada ramai pendidik yang benar-benar dedikasi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Saya benar-benar menghormati anda, pendidik yang berhemah tinggi.

Apa yang tersirat dibenak saya ialah: sudah tiba masanya bagi semua lapisan masyarakat mengambil peranan sebagai lilin membakar diri. Tak kira anda adalah Perdana Menteri, Ketua Jabatan Kerajaan, CEO Korporat, Pegawai Daerah, Guru-guru, Ketua Kampung, Pekarja Am Dewan Bandaraya, Ayah, Ibu, Pelajar, atau Amah ... bercahayalah dipersekitaran anda, laksanakan sebarang tugas yang telah diamanahkan kepada anda tanpa melihat berapa besar imbuhan yang bakal anda terima tetapi lihatlah berapa besar khidmat anda untuk orang lain.

Semoga Suksess selalu.


.: Who says our English is teruk ? . :.

Who says our English is teruk? Just see below - Ours is simple, short, concise, straight-to-point, effective etc...

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.
Malaysians: No Stock.

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few moments ago?
Malaysians: Hello, who page?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY .
Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kew me

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians:No-need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?
Malaysians: (pointing the door) can ar?

WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money...
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Don't want la...

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err. Tom, I have to stop you there. I understand where you're
coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.
Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please ! lower your voice, I'm trying to concentrate over here.
Malaysians: Shut up lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time.. Do I know you?
Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysians: Die-lah!!

WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED
Britons: Will someone tell me what has just happened?
Malaysians: Wat happen Why like that....

WHEN SOME ONE DID SOMETHING WRONG
Britons: This isn't the way to do it here let me show you,
Malaysians: like that also don't know how to do!!!!

WHEN ONE IS ANGRY
Britons: Would you mind not disturbing me
Malaysians: Celaka u