Apakah Anda Benar-Benar Umpama Lilin



Lilin membakar diri untuk menerangi orang lain. Ungkapan yang mengatakan bahawa tugas sebagai pendidik sangat mencerminkan keperibadian sebatang lilin: terbakar untuk menerangi orang lain, saya rasa tidak lagi 100% tepat.

Ada beberapa kejadian bilamana seorang guru yang diamanahkan untuk menuntun, mendidik, dan membentuk keperibadian seseorang tergamak memusnah, membinasa, malah menggelapkan kehidupan seseorang pelajar.

Namun saya yakin dan masih percaya ada ramai pendidik yang benar-benar dedikasi melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Saya benar-benar menghormati anda, pendidik yang berhemah tinggi.

Apa yang tersirat dibenak saya ialah: sudah tiba masanya bagi semua lapisan masyarakat mengambil peranan sebagai lilin membakar diri. Tak kira anda adalah Perdana Menteri, Ketua Jabatan Kerajaan, CEO Korporat, Pegawai Daerah, Guru-guru, Ketua Kampung, Pekarja Am Dewan Bandaraya, Ayah, Ibu, Pelajar, atau Amah ... bercahayalah dipersekitaran anda, laksanakan sebarang tugas yang telah diamanahkan kepada anda tanpa melihat berapa besar imbuhan yang bakal anda terima tetapi lihatlah berapa besar khidmat anda untuk orang lain.

Semoga Suksess selalu.

0 comments:

Catat Ulasan